Pengenalan kepada Bahasa Portugis di Melaka


Menurut saluran iLoveLanguages yang diasaskan oleh Andy dari Filipina, bahasa Portugis adalah bahasa Romawi dari cawangan Barat yang berasal dari Semenanjung Iberia. Ia dituturkan juga sebagai bahasa rasmi di beberapa negara seperti Angola, Brazil, Mozambique, dan Portugal. Selain itu, bahasa Portugis menjadi bahasa rasmi bersama dengan bahasa kebangsaan di Macao dan Timor Leste. 

Selain daripada itu, bangsa yang bertutur dalam bahasa Portugis digelas sebagai Lusifon. Bahasa yang berasal dari bahasa Latin Pasar ini tersebar disebabkan oleh penjajahan di Galicia dan Portugal pada zaman pertengahan. Dalam pada itu, bahasa Portugis masih mengekalkan lagi sebutan dari bahasa Celtic. Ia mempunyai seramai 300 juta orang penutur dan merupakan bahasa kelima paling ramai penuturnya di dunia.

Bahasa Portugis Melaka

Selanjutnya, bahasa Portugis Melaka yang disebut sebagai Papìa Cristão atau sembang orang Serani dituturkan oleh warganegara Malaysia yang berketurunan Portugis atau yang berketurunan campuran tempatan dengan Portugis. Di Malaysia, ia dituturkan oleh komuniti Serani di Melaka. Di samping itu, ia turut dituturkan oleh komuniti Serani di Singapura dan di Perth, Australia. Di Melaka, bahasa ini dikenali sebagai Malaquero atau bahasa Portugis Melaka manakala di Singapura pula ia dikenali sebagai Cristão serta menjalani pemulihan semula. Pemulihan semula bahasa ini di Singapura dijalankan antaranya oleh Kevin Wong, seorang pelajar dalam bidang Linguistik di Universiti Kebangsaan Singapura.

Menurut Atlas of the World Languages in Danger oleh UNESCO pada tahun 2007, bahasa ini dikelaskan sebagai bahasa dalam tahap bahaya dengan penuturnya hanya 2,200 orang sahaja. Menjelang tahun 2014, bahasa ini hanya dituturkan oleh 750 orang di Melaka dan 1,250 orang daripada komuniti diaspora Serani Melaka yang bertebaran di seluruh negara. 

Angka Asas Bahasa Portugis Melaka

Berikut adalah contoh angka asas dalam bahasa Portugis Melaka diikuti dengan bahasa Portugis Metropolitan bermula dari 1 hingga 10.

Ungua Uma, dos dois, tres três, kuarto quatro, singku cinco, seis seis, seiti sete, oitu oito, novi nove, dan des dez.  

Nampak di sini bahawa cara ejaan bahasa Portugis di Melaka adalah mengikut fonetik ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia.

Bacaan Pater Noster

Berikut adalah bacaan "Pater Noster" dalam bahasa Portugis Melaka diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa Portugis Metropolitan.

Nossa Pai que tem na céu
Santifica o vossa nome
Vem nossa reino
Vossa vontade logo faze
assi na terra como na céu
Da hoje nossa pão de cada dia
Com perdão nossa ofensa
assi nós perdão no quem tem ofenda com nós
Não deixa nós cair em tentacão
mas livra no de tudo mal
Amén

Ejaan bahasa Portugis Melaka di sini telah diselaraskan dengan bahasa Portugis Metropolitan bagi memudahkan proses mengesan perbendaharaan kata. 

Sekian, terima kasih.