Penaklukan Portugis ke atas kerajaan Melaka bermula pada tahun 1511 dan berlangsung selama 130 tahun lamanya. Bahasa Portugis Creole ini berkembang hasil dari hubungan antara penutur bahasa Portugis dengan penutur bahasa-bahasa tempatan. Perbendaharaan kata bahasa Portugis Creole ini kebanyakannya datang dari bahasa Portugis Portugal pada abad ke-15 masihi. Selain itu, ia turut diperkayakan dengan perkataan-perkataan dari bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di sekitar kerajaan Melaka. Tatabahasa dan fonologi bahasa ini menunjukkan bahawa terdapat pengaruh dari bahasa Melayu.
Contohnya adalah seperti berikut:
- Yo sa nome Anne Saya punya nama Anne
- Ele tá ficá na Malaca Dia (f.) berdiam di Melaka
- Gerardo gostá come comeria sa Português Gerard suka makan Portugis punya makanan
Perhatikan bahawa tiada penanda kelamin pada kata ganti nama 'ele' dalam bahasa Portugis Creole Melaka.
Hancock (2009: 297-9) menjelaskan bersama dengan bahasa Portugis Creole yang dituturkan di Singapura dan Macao, serta sebelumnya di Tugu, Indonesia, "loghat-loghat yang dituturkan di Melaka diperkira sebagai bahasa jenis Malayo-Portugues dengan Lusosian atau perbendaharaan kata bahasa Portugis. Perbendaharaan kata yang mereka gunakan boleh jadi konservatif kerana mereka terpisah lama dengan kelompok penutur bahasa Portugis Metropolis".
Bahasa Creole ini selalunya dirujuk dalam penerbitan-penerbitan dan oleh kebanyakan penutur bahasa ini sebagai Papiá Cristão atau Cristão. Istilah Cristão ini berasal dari bahasa Portugis yang bermaksud Kristian (Baxter 2005: 12). Sesetengah ahli komuniti dari Penempatan Portugis dan di merata-rata tempat di Melaka menentang penggunaan istilah Cristão ini digunakan bagi merujuk bahasa ini kerana ia menunjukkan unsur agama sedangkan mereka lebih suka menyebut bahasa ini sebagai bahasa Portugis sahaja, "Cae pode este palabra que nos tá papiá falá Cristão?" yang bermaksud bagaimanakah bahasa yang kami tuturkan ini disebut sebagai bahasa Kristian? (Pillai 2013). Menurut ahli komuniti Portugis ini, "kenapakah orang Melayu tidak memanggil mereka sebagai kaum Kristian? Kenapakah kerajaan merujuk mereka sebagai orang Portugis?" Hal ini adalah kerana mereka memang adalah orang Portugis. Orang Melayu dan kerajaan Malaysia tidak pernah mengubah sebarang rujukan mengenai mereka kerana mereka mempunyai sejarah (Pillai et. al. 2015a: 75).
Walau bagaimanapun, istilah Cristão ini umumnya merujuk kepada nama bahasa ini dan penutur-penuturnya (Baxter 1988, 2005, 2012; O'Neill 2008; Hancock 2009). Rujukan asalnya iaitu mazhab Katolik atau ajaran Kristian kini kurang digunakan sebagai rujukan. Tapi dari satu segi lagi, memang terdapat rujukan dalam dokumen awal dari Hugo Schuchardt pada tahun 1884 bahawa penduduk di Melaka memang merujuk bahasa mereka sebagai bahasa orang Kristian (Baxter 2016.