Umumnya, bahasa Portugis Creole ini menerima perbendaharaan kata dari enam bahasa selain daripada bahasa Portugis iaitu bahasa Melayu, bahasa Belanda, bahasa Inggeris, bahasa Cina Kantonis dan bahasa-bahasa India seperti bahasa Hindi, bahasa Malayalam atau bahasa Konkani.
Banyak perkataan dari bahasa Portugis yang digunakan dalam bahasa Portugis Creole ini adalah dalam bentuk arkaik atau bentuk lama. Ia boleh dikesan berasal dari bahasa Portugis Metropolitan dengan membandingkannya dengan bahasa Portugis pada abad ke-15 masihi. Contohnya adalah seperti berikut:
- Arafim riak atau takbur yang dalam bahasa Portugis moden bermaksud vaidade
- Cainho kedekut dan haloba yang dalam bahasa Portugis moden bermaksud avaro.
- Hetica batuk kering yang dalam bahasa Portugis moden bermaksud tisica
- Bizarro tenang atau hening dalam bahasa Portugis Portugal bermaksud bergaya
Beberapa perkataan kemudian dibina dari morfem dalam bahasa itu sendiri menyebabkan ia berbeza dengan bahasa Portugis Portugal. Sebagai contoh, mereka menghasilkan perkataan escrebam yang dicetuskan dari perkataan escrever yang bermaksud menulis untuk merujuk kepada kerani. Bahasa Portugis Portugal menggunakan perkataan empregado untuk merujuk kepada kerani.
Perbendaharaan kata bahasa Belanda turut diserap ke dalam bahasa Portugis Creole. Ia diserap dan dibunyikan mengikut cara bahasa Melayu. Contohnya seperti berikut:
- Atapal kentang Ireland dari aardappel dalam bahasa Belanda
- Kakus jamban
- Kukis kuih dari koekjes dalam bahasa Belanda
- Klor warna dari kleur dalam bahasa Belanda sedang dalam bahasa Portugis adalah côr
- Doi duit
- Calo kalau
- Ca dalam
- Halo halau
- Champora campur
- Amoco Amuk
- Europeano orang Eropah yang dalam bahasa Portugis Moden adalah europeo
- Estreto lurus dari bahasa Inggeris straight atau reto dalam bahasa Portugis Moden
- Motocar kereta atau carro dalam bahasa Portugis Moden
- Estamo perut dari stomach dalam bahasa Inggeris atau estômago dalam bahasa Portugis Moden
- Chochang orang Cina
- Taochang tocang
- Tonglao makanan siap sedia
- Saguati hadiah dari saguvad dalam bahasa Konkani
- Chado pandai dari chiadh dalam bahasa Konkani
- Cheto tiket dari cheat iaitu perkataan bahasa Inggeris yang diserap oleh bahasa Hindi
- Pataya bekas makanan dari pattayam dalam bahasa Malayalam
- Mainato pekerja cuci dari mainattu dalam bahasa Malayalam