Alfabeto
A B C D E F G H I J L M N O P Q R S T U V X Z
A B C D E F G H I J L M N O P Q R S T U V X Z
Perhatikan bahawa bahasa Portugis Portugal yang moden tidak mempunyai huruf K, W dan Y. Sebutan huruf-huruf ini adalah hampir sama seperti sebutan huruf bahasa Belanda cuma berbeza pada huruf H (er-gah), J (joh-tar), R (err-gher), X (seesh) dan Z (zey).
Berbanding dengan bahasa Portugis Creole seberang laut seperti bahasa Portugis Melaka, mereka menggunakan huruf K, W dan Y dalam penulisan dokumen-dokumen mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengaruh dari bahasa Belanda dan bahasa Inggeris kerana Melaka juga pernah menjadi tanah jajahan Belanda dan Inggeris.
Berikut adalah perbendaharaan kata yang menggunakan huruf besar dari huruf-huruf alfabet bahasa Portugis sebagai contoh menyebut perkataan.
- Arvore pokok
- Branco putih
- Cão anjing
- Dizer berkata
- Espelho cermin
- Faca pisau
- Gelado ais krim
- Harpa kecapi
- Ir pergi
- Joelho lutut
- Livro buku
- Montanha gunung
- Nariz hidung
- Ovo telur
- Porta pintu
- Quarto bilik
- Rato tikus
- Sol matahari
- Tempo masa, cuaca
- Uvas anggur
- Vidro gelas
- Xilofone xilofon
- Zebra kuda belang