Sejarah Kewujudan Orang Portugis di Timur

Kehadiran orang Portugis di Timur dan juga hubungan awal antara orang Eropah dengan orang Timur Jauh bermula pada 20 Mei 1498 dengan perjalanan Vasco da Gama ke Calicut, Malabar di India. Matlamat Portugal di Lautan Hindi adalah untuk mendapatkan monopoli dalam perdagangan rempah, mengasaskan kubu-kubu untuk melindungi kepentingan perdagangan mereka dan mendirikan pos-pos kawalan perdagangan.

Timur Jauh selalu sahaja menarik perhatian orang Portugis. Selepas itu, orang Portugis memandang produk-produk Timur Jauh seperti rempah ratus, gading gajah, batu-batu berharga dan pencelup sebagai berharga. Disebabkan pengetahuan mereka dalam ilmu geografi yang cetek, menyebabkan mereka tersalah anggap bahawa benua Asia atau Timur Jauh terletak bermula dari Sungai Nil di Afrika dan bukannya di Laut Merah. Hal ini turut menyebabkan mereka menggolongkan Ethiopia sebagai rantau Timur Jauh dan menganggap bahawa rantau tersebut sebagai India. Di rantau itu, timbul khabar angin bahawa seorang maharaja Nasrani bernama Prester John hidup di situ. Maharaja itu kononnya berkuasa dan kaya raya.

Nama Prester John nampaknya timbul dari zan hoy atau tuanku, istilah dari kerajaan Ethiopia yang digunakan oleh penduduk di situ untuk merujuk kepada raja mereka. Pada abad ke-15, Prester John dikenal pasti sebagai raja di Ethiopia. Selepas itu, berlaku perhubungan antara Portugal dengan Ethiopia kerana mereka ingin melawat negara tersebut walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan lanjut mengenai rantau itu. Pengetahuan yang diterima oleh Portugal mengenai Ethiopia itu diperolehi dari pengembara, ahli geografi, pedagang, ahli politik dan orang berhaji di sebelah Timur.

Sumber Rujukan

A. Portugis di Siam
  • The Portuguese in Ayutthaya, History of Ayutthaya (online)
  • Miguel Castelo Branco, Portuguese Descendants of Thailand, 500 Anos Portugal-Tailandia, 9 July 2009 (blogspot)
B. Portugis di Melaka
  • Catia Barbara Candeias, Povos Cruzados (blogspot)
  • Sara Frederica de Santa Maria, Familia de Santa Maria, Bairro Portugues de Malaca (blogspot)