Dalam bahasa Inggeris, bahasa Portugis Creole ini hanya disebut sebagai
Portuguese sahaja. Penutur asli bahasa ini menggelarkan bahasa mereka
sebagai Papia Cristang yang bermaksud Ucapan Orang Nasrani atau
bahasa Kristang. Dalam bahasa Portugis Metropolitan, bahasa ini disebut
sebagai Malaqueiro, Malaquense, Malaques atau Malaquenho. Orang Melayu
menggelarkan bahasa ini sebagai bahasa Gerago kerana penutur bahasa ini
menjalankan kegiatan memukat udang geragau di pantai. Bahasa ini
terselamat dalam dua komuniti di Trangkera dan Ujong Pasir. Rantau Ujong Pasir menjadi penempatan orang Portugis Creole merangkumi kawasan berhadapan pantai dan ditadbir oleh Gereja Katolik San Pedro. Gereja ini diasaskan oleh paderi A.M. Coroado untuk penduduk di situ. Penduduk Portugis Creole di situ merujuk kawasan tersebut sebagai Chang de Padri atau Padri sa Chang walaupun seterusnya ia dinamakan semula sebagai Ilher atau Hilir.
Papia Cristang ini sekurang-kurangnya turut terselamat di bandar-bandar lain di Malaysia apabila penduduk Creole ini berpindah ke sana. Hugo Schudardt mendakwa bahawa terdapat komuniti Creole yang berkembang jauh di utara Malaya iaitu di Pantai Kedah pada awal-awal kemasukan mereka ke rantau Timur Jauh. Walau bagaimanapun, hal ini tidak dapat dibuktikan kewujudannya pada hari ini.
Walaupun bahasa ini masih lagi hidup di Melaka, namun mereka yang berpindah keluar cenderung untuk bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding bertutur dalam bahasa ini. Kanak-kanak dari ibu bapa yang berkahwin campur juga membesar dengan tidak mempelajari bahasa ini. Bahasa ini pada asasnya bukan bahasa bertulis sebaliknya adalah bahasa pertuturan. Pada masa kini, tiada usaha dibuat untuk menjadikan bahasa Creole ini sebagai medium dalam pendidikan, sebaran am atau di gereja.
Papia Cristang ini mempunyai asal usul dari bahasa Portugis yang menjadi lingua franca atau "Bahasa Portugis Basahan" yang berkemungkinan digunakan semasa abad ke-15 M di Pantai Barat Afrika. Bahasa perdagangan awal ini berkemungkinan berkembang dari bahasa Sabir, iaitu lingua franca yang dituturkan di lembangan Mediteranea. Ia kemudian dibawa oleh pelayar Lusitania ke Timur Dekat dan Timur Jauh sehinggalah ke Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Turunan moden dari bahasa Portugis yang menjadi lingua franca ini terselamat di pelbagai bahagian di seluruh dunia. Ia dipengaruhi oleh bahasa-bahasa tempatan yang wujud di sampingnya dari segi struktur dan perbendaharaan kata.
Loghat bahasa Portugis yang dituturkan di Melaka ini tergolong dalam kelompok kecil bahasa Malayo-Portugis dan kelompok besar bahasa Creole Lusoasia. Ia menggunakan perbendaharaan kata bahasa Portugis yang konservatif kerana ia terpisah lama dan tidak berhubung dengan bahasa Portugis Metropolitan selama lebih daripada tiga setengah abad. Walaupun ia adalah bahasa Creole namun ia hanya menggunakan sedikit sahaja perbendaharaan kata dari bahasa luar bahasa Portugis.
Loghat lain yang tergolong dalam kelompok bahasa Malayo-Portugis adalah bahasa Portugis Creole Singapura, bahasa Portugis Korlai, bahasa Portugis Macao dan Hong Kong. Pada awal kewujudan koloni Portugis di Asia Tenggara, wujud juga bahasa Creole Portugis dituturkan di Jakarta, Tugu, Ceram dan Flores di Indonesia. Bahasa ini kemudian pupus dan digantikan dengan bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Bahasa Creole Sepanyol di Zamboanga, Filipina pun sebenarnya memaparkan bahawa ia sebenarnya muncul hasil dari hubungan antara penduduk tempatan dengan penutur bahasa Portugis Creole.
Loghat yang lain pula adalah loghat bahasa Portugis Creole yang tergolong dalam kelompok bahasa Indo-Portugis yang dituturkan di pantai Goa dan Malabar di India serta di Sri Lanka. Bahasa Indo-Portugis ini disokong oleh kesusasteraan keagamaan yang banyak namun penuturnya sedikit sahaja. Bahasa Indo-Portugis ini sedikit sebanyak turut menyumbang kepada pembentukan bahasa Malayo-Portugis mungkin hasil dari hubungan antara koloni Portugal di India dengan koloni di Melaka.