Kandungan Kamus Bahasa Portugis Creole Melaka

 A. Kaedah Ortografi

Sangat mendukacitakan sekali apabila tidak ramai orang berasa perlu untuk menulis dalam bahasa ini. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan juga bahawa terdapat banyak percanggahan dalam penulisan bahasa ini menyebabkan orang ramai menjadi terputus minat untuk menggunakannya dalam dokumentasi. Kebanyakan bahan bertulis pada masa lalu dihasilkan menggunakan kepelbagaian ejaan yang mengelirukan. Kurangnya keseragaman ini bermaksud bahawa percubaan awal untuk menjadikan bahasa ini sebagai bahasa bertulis adalah sedikit sekali atau tidak berkesan langsung ke atas kesusasteraan komuniti ini atau pemeliharaannya. Secara meluas, seseorang itu boleh mengenal pasti tiga kecenderungan semasa percubaan awal mengeja dalam bahasa ini:

  • Sistem berdasarkan kepada ortografi Portugis. Konsepsi salah bahawa bahasa Portugis Creole ini adalah salah satu loghat bahasa Portugis berbanding dengan sebagai bahasa creole baru yang sebahagiannya didasarkan kepada bahasa Portugis Tua menyebabkan penggunaan sistem ortografi Portugis moden di pelbagai peringkat pada abad ke-19 dan ke-20 masihi. Bahan yang diterbitkan oleh mubaligh sebagai contoh Rego (1942) umumnya menggunakan ejaan bahasa Portugis moden. Begitu juga sesetengah penutur bahasa ini sendiri kadang-kala mengikut trend ini dalam penulisan mereka.
  • Sistem campuran. Sesetengah penutur bahasa ini menggunakan ejaan yang dipengaruhi oleh campuran bahasa Portugis, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Masalah dengan sistem ini dan sistem berdasarkan ortografi Portugis adalah bunyi bahasa ini menjadi tidak konsisten dan tidak dapat difahami oleh penutur bahasa ini sendiri atau orang luar yang tidak bertutur dalam bahasa ini.
  • Sistem ortografi bahasa Melayu. Cadangan ini awalnya dibuat oleh Hancock (1973:25) yang merasakan bahawa sistem ini mempunyai kelebihan ke atas penutur bahasa ini yang kebanyakannya telah terbiasa dengannya, Ia juga boleh disesuaikan dengan sistem fonologi dwibahasa kerana sistem romawi ini adalah sama dalam bahasa Portugis mahu pun bahasa Melayu. Pada tahun 1980an dan 1990an, penerbitan Baxter (J 988) dan Marbeck (1995) mengikut sistem dan pendekatan ini.
Di samping itu, keputusan untuk menerima pakai ortografi bahasa Melayu untuk bahasa Portugis Creole ini terletak di tangan penutur bahasa ini sendiri. Jelas sekali, mereka yang merasakan bahawa bahasa ini adalah salah satu loghat bahasa Portugis mungkin berharap sistem ortografinya menyerupai bahasa Portugis Metropolitan. Hujah yang biasa menyokong sistem ortografi bahasa Portugis ini adalah ia membolehkan komuniti bahasa Portugis Creole mencapai penulisan dalam bahasa Portugis dan penutur bahasa Portugis Moden juga boleh membaca bahasa ini. Walau bagaimanapun, hujah sebegini diragui keberkesanannya atas dua sebab iaitu. Pertama, tatabahasa, leksikon dan sebutan bahasa ini sebenarnya berbeza dengan bahasa Portugis biasa. Kedua, tidak praktikal untuk penutur bahasa ini mempelajari sistem ortografi asing kerana mereka tidak bertutur pun dalam bahasa Portugis biasa.
 
Selain itu, sistem ortografi berasaskan kepada ejaan bahasa Melayu nampaknya lebih menarik. Hal ini kerana, kebanyakan ahli komuniti penutur bahasa ini sudah pun terdedah kepada bahasa Melayu bertulisan rumi. Mereka tidak perlu bersusah payah menggunakan ejaan bahasa lain untuk menulis dan membaca bahasa mereka sendiri. Dasar dengan ciri sebegini, boleh memberikan sumbangan yang penting dalam memelihara bahasa ini. Lebih-lebih lagi, bahasa Portugis Creole ini akan mudah dicapai oleh penutur bahasa ini sendiri apabila sistem ortografi bahasa Melayu digunakan. Sehingga kini, percambahan minat yang meluas berlaku dalam komuniti penutur bahasa ini sendiri menunjukkan bahawa sistem ortografi ejaan bahasa Melayu itu berkesan dan memudahkan mereka mempelajari bahasa mereka.
 
B. Sistem Ortografi
 
Kamus asal menggunakan sistem ortografi ejaan bahasa Melayu. Mereka menjalinkan juga huruf konsonan lama yang digunakan sebelum tahun 1972 iaitu huruf ch dan ĕ breve. Vokal ĕ digunakan untuk menggariskan tekanan vokal dalam masukan utama, nanti mereka akan jelaskan. Namun dalam salinan yang aku buat di sini, aku akan gunakan terus ortografi ejaan bahasa Portugis moden kerana aku bukan dari komuniti penutur bahasa Portugis Creole di Melaka.