Kodrah Kristang - Inisiatif Penyuburan Bahasa Portugis Creole di Singapura

Bahasa Portugis Creole dari Melaka menjadi bahasa yang terancam kerana ia dituturkan oleh kurang daripada 100 orang sahaja di Singapura. Ia merupakan salah satu daripada warisan bahasa komuniti Portugis-Eurasia, salah satu aspek yang berkait rapat dan tidak ternilai harganya kepada kebudayaan, tradisi dan sejarah komuniti ini. Ia menjadi khazanah berharga kepada rantau Asia khususnya Asia Tenggara.

Di Singapura, tiada sebarang statistik yang mencatitkan jumlah penutur bahasa Portugis Creole. Tiada kanak-kanak diketahui mempelajari bahasa ini dan ia tidak diajari di sekolah, dilihat di media mahu pun dituturkan di jalanan. Ia tidak digunakan dalam upacara keagamaan mahu pun perayaan. Kebanyakan warga Singapura tidak menyedari pun bahawa bahasa ini wujud dalam kalangan mereka.

Kodrah Kristang atau Codrar Cristão cuba untuk mengubah hakikat ini dengan membawa bahasa ini dekat kepada penutur generasi baru dan pelajar yang berminat untuk menggunakannya.

Sumber: