Unit 1: Frasa Asas

Perhatikan tips tatabahasa dan frasa penting dalam unit ini. Cuba baca contoh yang berikut:

  • Eu tenho uma casa e um carro Saya mempunyai sebuah rumah dan sebuah kereta
  • Eu sou uma menina Saya adalah seorang gadis
  • Eu tenho uma maçã Saya mempunyai sebiji epal
  • Eu como pão Saya makan roti
Tips selanjutnya, kata nama dalam bahasa Portugis mempunyai penunjuk maskulin dan feminin. Umumnya, kata nama akan berakhir sama ada dengan -o bagi maskulin atau -a bagi feminin. Contohnya bagi seorang budak lelaki, kita akan menyebutnya um menino, manakala untuk seorang budak perempuan kita akan menyebutnya, uma menina.

Dalam bahasa Inggeris, kita selalu menggunakan pronoun iaitu kata ganti diri I, he, dan she sebelum verb atau kata kerja. Namun dalam bahasa Portugis, kita boleh berkata eu sou uma mulher atau tidak perlu menyebut eu pun boleh contohnya, sou uma mulher. Contohnya:
  • Eu sou um homem Saya adalah seorang lelaki
  • Sou um homem Saya seorang lelaki
Cuba perhatikan contoh dalam latihan-latihan seperti berikut:

Begitulah adanya masukan untuk Seksyen 1 dan diharapkan ia bermanfaat. Terima kasih.