Statistik Bahasa Portugis

Bahasa Portugis menjadi bahasa ibunda bagi kira-kira 170 juta orang, terutamanya di beberapa bahagian dunia seperti di

  • Portugal dan kepulauan Portugis di Laut Atlantik dengan kira-kira 11 juta penutur;
  • Brazil iaitu kira-kira 154 juta penutur; dan
  • Tanah bekas jajahan Portugal di Afrika dan Asia merangkumi kira-kira lima juta penutur.

Negara yang merupakan bekas tanah jajahan Portugal menjadi ahli dalam Komuniti Negara Berbahasa Portugis yang diasaskan pada tahun 1996.

A. Pembahagian Geografi

Pada hari ini, bahasa Portugis menjadi bahasa rasmi kepada pelbagai negara di dunia seperti Angola, Brazil, Guinea-Bissau, Cape Verde Portugal, São Tomé dan Príncipe dan Mozambique.

Bahasa Portugis dianggap sebagai salah satu bahasa rasmi di Equatorial Guinea bersama dengan bahasa Perancis, Macao dengan bahasa Cina sebagai bahasa pentadbiran dan Timor Leste bersama dengan bahasa Tetum. Bahasa Portugis menjadi bahasa ibunda bagi sebahagian besar populasi di Portugal (100%), Angola (60%), São Tomé dan Príncipe (50%) dan dituturkan oleh pelbagai kumpulan suku kaum di Mozambique (40%) walaupun hanya 6.5% sahaja populasinya bertutur sebagai bahasa ibunda. Tiada statistik untuk Cape Verde namun kebanyakan orang di sana adalah dwibahasa manakala populasi yang berbahasa satu sahaja bertutur dalam bahasa Creole Cape Verde.

Hari ini, terdapat juga komuniti kecil yang berbahasa Portugis di bekas tanah jajahan Portugal di seberang laut seperti Macao dan ia dituturkan sebagai bahasa pertama oleh kira-kira 0.6% penduduk di Timor Leste.

Sementara itu di Uruguay, bahasa Portugis menduduki status yang sama dalam sistem pendidikan di sempadan utaranya dengan Brazil. Di seluruh negara Uruguay pula, bahasa Portugis diajar sebagai mata pelajaran wajib bermula dari darjah enam.

Di samping itu, bahasa Portugis dituturkan juga oleh komuniti migran yang agak besar di Andorra, Perancis, Luxembourg, Jersey (secara statistiknya mempunyai populasi penutur bahasa Portugis kira-kira 10,000 orang), Paraguay, Namibia, Afrika Selatan, Switzerland dan Venezuela. Di Amerika Syarikat pula, ia dituturkan di beberapa negeri seperti California, Connecticut, Florida, Massachusetts, New Jersey, New York dan Rhode Island. Selain itu, beberapa tempat di India juga mempunyai penutur bahasa Portugis seperti di Goa yang mana bahasa Portugis Diu dan Daman dituturkan. Bahasa Portugis juga dituturkan oleh sebolangan besar populasi berbahasa Portugis di Kanada (umumnya bertumpu di sekitar Toronto), Bermuda dan Netherlands Antilles.

Bahasa Portugis menjadi bahasa rasmi di pelbagai organisasi antarabangsa seperti Komuniti Negara Berbahasa Portugis, Kesatuan Eropah (EU), Mercosul, Pertubuhan Negara Amerika, Organisasi Negeri Ibero-Amerika, Kesatuan Bangsa Amerika Selatan dan Kesatuan Afrika.

Bahasa Portugis dan bahasa-bahasa cawangan bahasa Portugis merupakan bahasa Eropah yang berkembang pantas sekali. Menurut UNESCO, bahasa Portugis mempunyai kemungkinan besar mencapai tahap bahasa antarabangsa di Afrika Selatan dan Amerika Selatan.

Dengan data yang dipaparkan ini, menarik sekali untuk dipertimbangkan bahawa bahasa Portugis merupakan salah satu bahasa yang boleh membuka peluang pekerjaan di banyak negara. Jika anda mencari syarikat Portugis, halaman ini menasihatkan anda supaya mengkaji pandangan keseluruhan pasaran kerja dan mula membina resume yang baik mengikut matlamat profesional anda. Selain daripada berura-ura menulis resume profesional yang baik, anda haruslah memberi tumpuan kepada kerjaya yang boleh membawa kebahagiaan kepada anda dan kerjaya tersebut kekal bertahan dengan anda selama bertahun-tahun.

B. Loghat Bahasa Portugis

Bahasa Portugis mempunyai pelbagai istilah. Salah satu perbezaan yang ketara sekali adalah sebutan vokalnya. Bahasa Portugis terbahagi kepada dua loghat utama iaitu bahasa Portugis Brazil dan bahasa Portugis Eropah. Perbezaan kedua-dua jenis bahasa Portugis ini adalah dari segi perbezaan perbendaharaan kata, sebutan, sintaksis, terutamanya dalam kepelbagaian yang terkenal. Walau bagaimanapun, perbezaan ini dapat dikurangkan apabila orang Portugis dari Portugal dan orang Brazil yang berpendidikan berbicara sesama mereka.

Terdapat banyak persamaan sebutan, sintaksis dan ringkasan dalam tatabahasa antara bahasa Portugis Brazil dan bahasa Portugis tempatan di Angola. Namun, tiada perbezaan antara bahasa Portugis Eropah dengan bahasa Portugis Angola. Dari segi latar belakang sejarah, loghat bahasa Portugis di Afrika dan Asia sebenarnya lebih dekat dengan bahasa Portugis Eropah berbanding dengan bahasa Portugis di Brazil walaupun dari beberapa aspek, fonologi dan sebutan vokal yang tiada tekanan hampir menyerupai bahasa Portugis di Brazil berbanding dengan bahasa Portugis di Eropah. Bahasa Portugis tersebut tidak dikaji secara mendalam seperti bahasa Portugis Eropah atau bahasa Portugis Brazil.

Dalam bahasa-bahasa Portugis pula, terdapat dua jenis loghat rasmi. Satunya adalah loghat Rio de Janeiro atau loghat São Paulo bagi Brazil. Manakala di Portugal pula terdapat loghat Lisbon dan loghat Coimbra. Selain itu, terdapat juga bahasa Portugis yang dituturkan di negara-negara Afrika dan Timor Leste namun disebabkan oleh politik maka kedua-dua jenis bahasa Portugis yang disebutkan itu dieja dengan ejaan berbeza. Perbezaan ini akan dihapuskan kerana Brazil dan Portugal telah membuat persetujuan berkenaan dengan sistem ortografi bahasa Portugis. Disebabkan negara Afrika yang berbahasa Portugis masih belum menerima lagi sistem ini maka Brazil cuba mengambil inisiatif memberikan tekanan kepada mereka dengan sokongan Portugal untuk menerima persetujuan tersebut.

Kepelbagaian bahasa basahan Portugis boleh didapati dalam bahasa Portugis Eropah dan Afrika, bahasa Portugis Brazil, bahasa Portugis Tome dan bahasa Portugis-Galicia seperti yang dipertimbangkan oleh ahli filologi.