Tatabahasa Bahasa Portugis Creole

Bahasa Portugis Creole menunjukkan ciri-ciri bahasa Creole yang tipikal dengan pengurangan morfologi dalam perkataannya. Dalam sistem kata kerjanya pula, kala dan aspeknya ditandakan dengan partikel ja untuk masa lampau, logo atau lo sahaja untuk masa hadapan dan ta untuk semasa. Kebanyakan masa juga, kebanyakan kata kerjanya boleh berubah menjadi kata adjektif dengan penambahan imbuhan -do pada bentuk kata kerja asas. Contoh berikut akan memberikan gambaran mengenai penggunaan partikel ini.
  • Yo logo quebrar esse pau aku akan patahkan batang kayu ini
  • Esse pau quebrado kayu ini patah
  • Ele ja vai na casa dia sudah balik ke rumah
  • Vos ja esta dormir que hora nos chegar kau sedang tidur tadi semasa kami sampai
  • Esta cair chuva hujan sedang turun
  • Hoje dia aquele criança lo esta canta pa nos todo hari ini itu budak akan menyanyi untuk kita
Perhatikan juga bahawa kata kerja yang digunakan tanpa partikel menunjukkan sama ada kata kerja itu adalah kala lampau atau kala kini. Contohnya:
  • Comer sa koekjes aku makan dia punya kek
Kata kerja menjadi dalam bahasa Portugis Creole ini adalah ficar. Contoh kata kerja ini digunakan adalah dalam ayat berikut:
  • Yo querer ficar maestre de escola aku ingin menjadi guru sekolah
Kata kerja ada dalam Portugis Creole adalah tem. Ia digunakan untuk merujuk sesuatu di sesuatu tempat. Contohnya:
  •  Tanto cachorro tem na rua banyak anjing berada di jalanan
Tiada kata kerja copula atau kata kerja penghubung seperti dalam bahasa Melayu. Contohnya seperti, ele homem yang bermaksud dia lelaki sahaja.

Bentuk pasif pula diungkapkan sama ada dengan menggunakan kata kerja tocar yang bermaksud terkesan mengikut model bahasa Melayu iaitu kena yang sama juga fungsinya dengan perkataan Portugis itu. Contohnya, yo tocar pancada bermaksud aku kena ketuk. Selain itu, mereka boleh menggunakan kata kerja berimbuhan -do untuk maksud yang sama, contohnya, yo lesado yang bermaksud aku disakiti. Kata lesado berasal dari kata kerja lesar merosakkan atau menyakiti.

Kata adjektif dalam bahasa Portugis Creole juga sebenarnya berasal dari kata kerja walaupun tidak semua kata adjektif itu dibina dari kata kerja. Contohnya branco yang bermaksud putih boleh juga bermaksud menjadi putih. Kata adjektif yang membentuk kata kerja ini boleh juga digabungkan dengan logo dan ja namun tidak boleh digabungkan dengan ta. Contohnya seperti berikut:
  • Nos lo alegro que hora nos chegar na la kami akan gembira pada masa kami tiba di sana
  • Yo ja triste para de ouvir aquele aku sedih mendengar hal itu
Jejak gabungan antara kata nama dan kata adjektif boleh ditemui dalam beberapa kata adjektif walaupun ia tak semestinya dipatuhi. Contohnya:
  • Ele homem bonito dia lelaki kacak
  • Ela mulher bonita dia wanita cantik
Sesetengah kata adjektif yang dibentuk dari kata kerja dibezakan vokal hujungnya seperti dalam bahasa Portugis Metropolitan bagi menandakan jantina:
  • velho atau velha untuk tua
  • pregaçoso atau pregaçosa malas
  • alegro atau alegra suka dan bahagia
Pensirian kata kerja pun adalah sesuatu yang biasa dalam bahasa Portugis Creole:
  • Vos querer ficar rico? kau ingin jadi orang kaya?
  • Ele corer champora rancho dia berlumba dengan kawan
  • Yo tocar ficar na casa aku kena tinggal di rumah
Penafian selalunya diungkapkan dengan partikel nunca bagi kala kini dan kala lampau. Nade digunakan untuk kala hadapan apabila logo tidak digunakan.
  • Tong nunca ja bom um grande tong itu tidak begitu besar
  • Yo nunca gosta esse carne aku tidak pernah suka daging ini
  • Vos nade bem naqui tona kau tak akan ke sini lagi
Sesetengah kata kerja mempunyai kata kerja yang khas seperti:
  • não tem tiada atau tanpa
  • não querer tidak mahu
  • não esquecer jangan lupa
Penjodoh bilangan dalam bahasa Portugis Creole iaitu um atau uma sering dipendekkan menjadi sengau ng' sahaja dalam percakapan.
  • Uma homem iaitu seorang lelaki disebut sebagai ngwa home sahaja
  • Um copa iaitu satu cawan disebut sebagai ng'copi sahaja
  • Um toalha iaitu sehelai tuala disebut sebagai n'toalha sahaja
  • Um pouco iaitu sedikit disebut sebagai m'pouco sahaja
Mereka tidak mempunyai artikel penanda o atau a seperti bahasa Portugis Metropolitan. Mereka hanya menggunakan esse atau este untuk ini atau aquele untuk itu. Mereka akan gunakan kata ganda bagi jamak jika perlu. Jika tidak perlu maka ia tidak akan digunakan, sama seperti dalam bahasa Melayu.
  • Brigadão-brigadão tem na cidade tentera-tentera berada dalam kota
Kata ganda akan digunakan juga untuk kata kerja bagi menunjukkan tindakan yang berulang atau dalam kata sifat bagi memberikan penekanan kepada sifat sesuatu bahan yang dirujuk oleh penutur.
 
Kata punyaan atau possession dalam bahasa Portugis Creole ini berfungsi dengan tiga cara:
  • Kata hubung genitif sa sebelum atau selepas kata nama sebagai contoh yo sa casa atau saya punya rumah dan casa sa janela rumah punya tingkap
  • Cara yang sama dengan bahasa Portugis Metropolitan iaitu menggunakan kata hubung de sebagai contoh chão de padre atau medan paderi dan chapéu de João topi Yahya
  • Tanpa kata hubung sama seperti bahasa Melayu contohnya casa yo bermaksud rumah saya atau mai pai Leandro bermaksud ibu bapa Leandro.
Kata demonstratif este dan aquele juga boleh mengikuti kata nama walaupun ia selalu digunakan sebelum kata nama.
 
Kata ganti diri mereka adalah berbeza sedikit daripada bahasa Portugis Metropolitan:
  • Yo aku
  • Vos engkau
  • Ele atau el dia tanpa ada sebarang perbezaan jantina
  • Nos kami
  • El otro mereka
  • Ele todo mereka semua