Unit 2: Bersembang tentang Persekitaran

Cuba perhatikan contoh seperti berikut untuk menjelaskan keadaan di persekitaran kita:

  • É um bola Ia adalah sebiji bola
  • Ele tem um chave Dia ada satu kunci
  • O menino tem um jornal Budak lelaki itu ada senaskah akhbar
  • O menino come um laranja Budak lelaki itu makan sebiji oren
  • Ela come uma maçã Dia memakan sebiji epal
Bahasa Portugis sama seperti bahasa Romawi Barat lain dan bahasa Eropah Barat seperti bahasa Inggeris, mempunyai kata penunjuk the atau definite article yang digunakan sebelum sesuatu kata nama bagi menunjukkan identiti kata nama yang dikenali oleh pembaca. Kata pennunjuk dalam bahasa Portugis terbahagi kepada maskulin dan feminin. Lihatlah contoh berikut untuk memahaminya:

  • O menino Budak lelaki
  • A menina Budak perempuan
Ingat kembali kata indefinite article dalam pelajaran yang lepas untuk bahasa Portugis juga terbahagi kepada dua sama seperti di atas iaitu um bagi maskulin dan uma bagi feminin.
  • Um menino Seorang budak lelaki
  • Uma menina Seorang budak perempuan

Bagi pronoun atau kata ganti nama kita akan mempelajari juga mengenai verb atau kata kerja yang berubah mengikut kata ganti diri sebelumnya. Kata ganti diri yang akan dipelajari adalah ele, ela dan você. Kata kerja dalam bahasa Portugis akan berakhir dengan -er contohnya seperti escrever, tulis dan comer, makan.

Apabila kita ingin menggunakannya bersama dengan kata ganti diri, maka kita akan menukar -er dengan huruf lain. Lihat contoh seperti berikut:

  • Ele escreve um livro Dia menulis sebuah buku
  • Você come o pão Kamu makan roti

Dalam bahasa Portugis di Brazil, kata ganti diri você digunakan untuk bercakap terus kepada orang lain. Kata ganti diri ini adalah cara yang sopan untuk digunakan bagi merujuk kepada orang yang kedua dalam semua situasi. Bagi bahasa Portugis di Portugal, mereka biasanya menggunakan tu untuk merujuk kepada orang kedua. Hal ini nanti, akan dibicarakan kemudian.

Cuba perhatikan latihan yang telah dibuat ini dan kumpulkan sebanyak mana perbendaharaan kata yang kamu mampu.

Latihan ini boleh ditulis dalam buku latihan juga. Diharapkan bahasa Portugis diajarkan kembali di sekolah-sekolah di sekitar negeri Melaka. Terima kasih.