Vokal A
Vokal ini adalah vokal terbuka dengan suku kata yang ditekan sebelum konsonan l atau konsonan r penghujung dan apabila vokal itu mempunyai tanda naik atau tanda jatuh. Selain daripada yang ini, ia akan disenyapkan sahaja. Contoh perkataan adalah seperti berikut:
- camada lapisan
- animal binatang
- falar bercakap
- chá teh
Vokal ini akan menjadi sengau apabila bertanda ã ekor maka ia menunjukkan bahawa ia perlu disengaukan seperti pada konsonan hujung n dalam loghat bahasa Melayu Terengganu. Contohnya perkataan ikan disebut sebagai ikang tetapi konsonan g itu tidak dibunyikan sangat. Contoh perkataan bahasa Portugis yang disebut seperti ini adalah:
- irmã saudari
- alfândega kastam