sábado, 1 de noviembre de 2014

Sumbangan Perkamusan Bahasa Belanda dalam Bahasa Portugis Pasar di Asia

Lukisan karya "The Return to Amsterdam of the Second Expedition
to the East Indies
" pada 19 Julai 1599 oleh Andries van Eertvelt, 1610 - 1620
dipetik dari rencana The Dutch Wine Trade in the 17th Century oleh Hogsheadwine
Kertas oleh Andrei A. Avram dari Jabatan Bahasa Inggeris di Universiti Bucharest ini meneliti kata pinjaman yang berasal dari bahasa Belanda dan dibuktikan kewujudannya dalam bahasa Portugis Melaka. Sumbernya meliputi tempoh dari dasawarsa terakhir abad ke-19 masihi hingga kini dan terdiri terutamanya daripada karya perkamusan (leksikografi), tetapi turut merangkumi lagu rakyat, peribahasa dan teks berunsur keagamaan. Kata pinjaman yang dikenal pasti sebagai berasal daripada Belanda disenaraikan terlebih dulu bersama kata asal (etima) yang dicadangkan. Seterusnya, ia diikuti dengan perbincangan mengenai tajuk berikut seperti etima lain yang berpotensi dan kemungkinan etimologi berganda, kadar kata pinjaman Belanda dalam perkamusan bahasa Portugis pasar di Melaka, penyesuaian fonologi kata pinjaman Belanda, kategori sintaksis yang mengandungi kata pinjaman Belanda, bidang semantik di mana kata pinjaman Belanda ditemui, perubahan semantik yang dialami oleh sebahagian kata pinjaman Belanda. Selain itu, ia turut membincangkan beberapa implikasi daripada penemuan ini.
  • Pengenalan
  • Korpus dan Metodologi
  • Kata Pinjaman Bahasa Belanda dalam Bahasa Portugis Pasar
  • Perbincangan
  • Kesimpulan
Tuntasnya, kertas ini disusun dari korpus dan metodologi seperti yang dibentangkan oleh penulis kertas ini dalam Seksyen 2. Seterusnya, Seksyen 3 membentangkan kata pinjaman dari bahasa Belanda yang dibuktikan dalam bahasa Portugis Melaka. Seksyen 4 membincangkan ciri fonologi, sintaksis dan semantik kata pinjaman dari bahasa Belanda serta Seksyen 5 merumuskan penemuan serta implikasinya.