Untuk memahami sistem fonetik serta cara mengikut sebutan pada ejaan bahasa Portugis, penting sekali untuk pelajar bahasa Portugis mempelajari beberapa peraturan mengenai suku kata. Suku kata ini bermaksud sekumpulan dua atau tiga huruf yang mesti mempunyai satu huruf vokal untuk mewakili satu bunyi.
Sesuatu perkataan bahasa Portugis itu secara automatiknya menekankan kepada pada suku kata kedua terakhir (tanpa tanda loghat) kecuali jika perkataan itu mempunyai tanda tekanan di mana-mana atau pada perkataan yang berakhir dengan konsonan l, r atau z. Sebagai contoh, perkataan marmelada mempunyai empat suku kata iaitu,'mar meur lar der' dan mengikut peraturan sebutan bahasa Portugis, tekanan mestilah diberikan kepada suku kata kedua yang terakhir iaitu suku kata 'la'. Kesannya, bunyi 'la' itu akan berbunyi dengan vokal terbuka sedangkan vokal yang lain akan disenyapkan atau mengikut ejaan bahasa Melayu kita, ia akan disebut dengan 'e' pepet.
Terdapat empat jenis penanda tekanan (accent mark) pada vokal bahasa Portugis iaitu:
- tanda naik
- tanda jatuh
- tanda ekor
- tanda separa lengkung
Sila rujuk di sini kerana ia adalah sama sahaja. Huruf-huruf K (kappa), W (dubla-v) dan Y (i-griego) tidak digunakan lagi dalam bahasa Portugis moden kecuali dalam merujuk nama-nama asing, simbol kimia dan lain-lain. Selain itu, huruf-huruf ini hanya wujud dalam bahasa Portugis Creole sahaja.
Huruf G (gei) dan J (jota) disebut seperti bunyi ejaan measure sahaja. Jika huruf G mempunyai bunyi yang keras maka ia akan disebut seperti girl. Jika kita nampak huruf R (er) dalam huruf besar selalunya selepas vokal 'e' maka ia tidak dibunyikan.
Meniru Sebutan
Struktur bunyi bahasa Portugis yang rumit ini menyebabkan sukar sekali untuk ejaan bahasa lain disesuaikan dengan bunyinya. Namun, dalam kes bahasa Portugis Creole yang wujud di Melaka di Malaysia, kita boleh menggunakan ejaan kita sendiri untuk mentranskripsikan bahasa Portugis. Dengar juga bunyi bahasa Portugis di Youtube dan lain-lain media.
Selain itu, penutur bahasa Portugis juga mempunyai tabiat yang sama dengan orang Perancis, iaitu mereka suka menyambungkan bunyi vokal penghujung perkataan yang sebelum dengan perkataan baru. Sebagai contoh, mereka menyambungkan ele era menjadi elera atau nove horas menjadi noveras.
Kandungan Lanjut
Disebabkan isi kandungan ini terlalu panjang maka ia diringkaskan dalam bentuk pautan seperti berikut. Sila klik pada pautan untuk mendapatkan akses maklumat.
Kandungan Lanjut
Disebabkan isi kandungan ini terlalu panjang maka ia diringkaskan dalam bentuk pautan seperti berikut. Sila klik pada pautan untuk mendapatkan akses maklumat.
- Vokal
- Diftong
- Konsonan