Bahasa Portugis di Melaka

Bahagian ini membicarakan mengenai projek bahasa warisan masyarakat Serani Portugis di Malaysia iaitu bahasa Portugis Creole yang dikenali juga sebagai Papear Cristão bermaksud sembang Serani. Ia akan memperkenalkan bahasa Portugis Creole ini, sejarahnya dan status terkininya. Dengan pengurangan penggunaan bahasa ini walaupun di Penempatan Portugis di Melaka, maka kesedaran untuk menyuburkannya kembali pun bertambah.

Walau bagaimanapun, kesedaran sebegitu tidak semestinya diikuti dengan tindakan konkrit. Oleh itu, kita akan membincangkan mengenai motivasi di sebalik usaha-usaha menyuburkan bahasa ini termasuklah yang dalamannya iaitu untuk mengembalikan dan membina semula warisan komuniti ini. Dari segi luaran, penguasaan bahasa ini memberikan kesan sosioekonomi kepada komuniti ini.
Berikut adalah betuk sastera pendek dalam bahasa Portugis Creole. Aku terpaksa menyesuaikan ejaannya dengan ejaan bahasa Portugis Metropolitan bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pembelajaran bahasa Portugis Metropolitan. Penting sekali untuk penutur bahasa Portugis menggunakan bahasa Portugis yang standard supaya difahami dengan mudah oleh semua orang.
Pada masa kini, bahasa Portugis Melaka masih lagi mempunyai penutur yang mencukupi untuk memastikannya terus hidup. Jika langkah penting diambil, maka bahasa ini akan terus wujud sehingga beberapa generasi ke hadapan lagi.

Contoh langkah yang boleh diambil adalah dengan mewujudkan sekolah parokial sekurang-kurangnya di peringkat rendah seperti untuk masyarakat Cina dan masyarakat Tamil. Selain itu, meningkatkan lagi kadar celik huruf dalam bahasa Portugis dalam kalangan penutur asal bahasa Portugis Melaka dan memberikan pendidikan dalam bahasa Portugis berdasarkan kepada kokurikulum pendidikan di Malaysia.