A. Pengenalan
Dalam rujukan ini, aku menggunakan bahasa Portugis Melaka untuk rujukan cristão kerana perkataan itu merujuk kepada agama. Leksikon bahasa ini diterbitkan dari bahasa Portugis maka ia adalah sejenis bahasa Portugis. Ia dituturkan oleh komuniti kecil di hilir bandar Melaka, Semenanjung Malaysia dan oleh keturunan komuniti ini yang bertebaran di seluruh Malaysia dan Singapura. Baca lanjut di sini.
B. Kandungan
Matlamat kamus ini tidaklah tinggi sangat. Ia dibahagikan kepada dua sahaja iaitu:
- Bertujuan untuk merekodkan perkataaan yang digunakan dalam bahasa Portugis Creole yang dituturkan pada hari ini.
- Bertujuan untuk menyediakan kamus asas yang didasarkan kepada prinsip linguistik dalam pengelasan perkataan dan ejaan perkataannya.
Oleh itu, kamus ini dibangunkan untuk menjadi bahan amali bagi penutur bahasa ini sendiri dan mereka yang berminat dengan bahasa ini. Walau bagaimanapun, kamus ini tidak mendakwa bahawa ia adalah senarai yang terbesar sekali atau mempunyai nilai sejarah. Dakwaan yang sedemikian memerlukan kajian yang lebih besar dari skop projek kamus ini. Baca lanjut di sini.
C. Kamus Bahasa Portugis Creole
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Di atas adalah rujukan mengikut susunan huruf dalam bahasa Portugis Creole. Di mana-mana sahaja yang boleh dieja menggunakan sistem ortografi bahasa Portugis biasa maka aku akan mengunakan kaedah tersebut. Klik sahaja pada pautan di atas untuk mengakses perkataan yang diperlukan. Terima kasih.