Arkib Bahasa dan Kebudayaan Portugis di Asia

Bahasa Portugis berkembang di Semenanjung Iberia Barat dari bahasa Latin pasar yang merupakan nenek moyang kepada semua jenis bahasa jenis Romawi. Bahasa Latin pasar dibawa ke Semenanjung Iberia pada 218 SM oleh tentera dan penjajah Romawi ke situ.

Halaman ini diwujudkan bagi mengarkibkan audio-visual berkenaan dengan kebudayaan Portugis di Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai rujukan.

Berikut adalah halaman dari medium peribadi aktivis bahasa dan kebudayaan Portugis di negeri Melaka, Malaysia yang bergiat dalam memperkembang bahasa Portugis Melaka. Selain itu, bahan-bahan lain dikumpulkan juga di sini sebagai rujukan.

Bahagian ini kebanyakan adalah bahan yang telah aku kumpulkan dari pelbagai sumber untuk tujuan pendidikan dan melindungi warisan bahasa Portugis di Asia Tenggara. Ia bukan karya aku jadi segala bahan yang dikumpulkan adalah kepunyaan karyawan aslinya. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan mereka dan dapatkan maklum balas mereka sendiri supaya maklumat yang tepat dapat diberikan. Terima kasih, muito obrigado.